Cari @ Amanz

Sama ada suka ataupun tidak, semakin banyak telefon pintar tidak akan lagi menyertakan bicu audio atas alasan kualiti audio yang kurang baik dan keperluan menyertakan bateri lebih besar. Berita baik ialah semakin banyak pengeluar yang melancarkan fon telinga nirwayar yang lebih mampu milik. Realme Buds Wireless dilancarkan minggu ini seretak dengan Realme XT.

Fon telinga nirwayar ini adalah dari jenis angkup leher dengan dua fon dalam-telinga. Ia menyokong sambungan bluetooth 5.0 dan dengan sekali caj mampu beroperasi sehingga 12 jam. Terdapat tiga butang fizikal untuk mengawal tahap kekuatan suara, memainkan muzik dan menyeru pembantu maya. Ia boleh digunakan untuk aktiviti sukan kerana mempunyai tahap ketahanan IPX4.

Satu ciri menarik Buds Wireless ialah ia boleh dimatikan dengan hanya menyambungkan dua fon telinga secara magnetik. Satu kekurangan yang kami dapat lihat pada fon telinga ini ialah ia masih menggunakan port pengecasan mikro USB. Di India Realme Buds Wireless dijual pada harga INR1799 (~RM105) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd