Cari @ Amanz

Adobe sebelum ini telah memperlihatkan beberapa fungsi menarik yang dijayakan melalui fungsi pembelajaran mesin mereka, Adobe Sensei. Terbaru, Adobe turut mengumumkan sebuah lagi ciri baru yang dinamakan Auto Reframe yang bakal hadir pada Adobe Premiere Pro.

Auto Reframe

Melalui ciri Auto Reframe ini, ia membolehkan pengguna menghasilkan video dengan saiz nisbah berbeza untuk media sosial. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini terdapat laman sosial yang menggunakan video pada saiz nisbah 1:1, selain video secara menegak.

Untuk menghasilkannya, ia sering memerlukan penyuntingan manual yang mengambil masa yang lama – termasuk perlu menyunting dari satu bingkai ke bingkai lain agar tidak ketinggalan sesuatu kandungan berkenaan.

Melalui Auto Reframe, ciri berkenaan dilakukan secara automatik melalui fungsi pembelajaran mesin.

Adobe mengatakan ciri ini bakal hadir ke Adobe Premiere Pro pada tahun ini, sekaligus akan memudahkan lagi pengguna menghasilkan kandungan untuk laman sosial seperti Instagram, TikTok, Snapchat dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd