Oppo Reno Ace Akan Dilancarkan Pada 10 Oktober

Oppo Reno Ace Akan Dilancarkan Pada 10 Oktober

Diterbitkan pada Sep 16, 2019 oleh .

Oppo Reno Ace ialah peranti kelas mercu pertama keluaran Oppo yang akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Ini akan meletakkannya sebaris dengan OnePlus 7 yang merupakan peranti pertama dengan teknologi skrin ini. Pihak Oppo telah mengesahkan Reno Ace akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini.

Selain teknologi skrin terkini, peranti ini juga menyokong sistem pengecasan patas SuperVOOC dengan kuasa 65W. Bateri peranti akan dapat dicas sepenuhnya dalam masa kurang sejam. Spesifikasi rasmi masih belum diumumkan tetapi menurut senarai TENAA, Reno Ace dilengkapi skrin 6.6″, dijana cip Snapdragon 855+, memori sebesar 12GB, storan 256GB. kamera swafoto 16MP, kamra utama 48+13+8 MP, bateri 3930 mAh dan menyokong rangkaian 5G.


TIPS & ULASAN