Carian
TuneTalk Menawarkan 3GB Data Percuma Untuk Hari Ini
September 16, 2019 Aman

Selain daripada pihak Celcom, satu lagi syarikat telekomunikasi yang menawarkan data percuma hari ini adalah TuneTalk.

TuneTalk

TuneTalk menawarkan data percuma ini selari dengan gangguan perkhidmatan dan rangkaian mereka pada 14 September 2019 lepas. Sebagai tanda mohon maaf, TuneTalk menawarkan data sebanyak 3GB secara percuma kepada pelanggan mereka untuk hari ini – 16 September 2019.

Untuk menebusnya, pelanggan TuneTalk hanya perlu menghantar SMS dengan menaip “MYDAY” ke 2222. TuneTalk mengatakan penawaran data percuma ini adalah sah sehingga 11:59 malam 16 September 2019.

Komen