Trend set fon telinga nirwayar sebenar kini semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi tahun ini, sejak Xiaomi memperkenalkan siri AirDots mereka – semakin banyak jenama hadir dengan produk yang hampir sama. Kini giliran Vivo pula melancarkan produk yang sama.
Hari ini di acara pelancaran Vivo NEX 3, Vivo turut melancarkan , iaitu set fon telingan nirwayar sebenar tersendiri mereka. Aksesori audio ini turut dikenali sebagai set fon telinga True Wireless Stereo (TWS). Set fon telinga TWS Vivo ini menggunakan cip dari Qualcomm untuk pengalaman penggunaan yang lebih unik dan juga mengasyikkan.
Bukan itu sahaja, dengan cip Qualcomm ini ia turut akan memberi sokongan tambatan pantas seakan cip W1 dari Apple. Buka sahaja penutup pod pengacasan Vivo TWS ini, ia akan terus terpapar pada peranti seperti Apple AirPods dengan iPhone. Walau bagaimanapun untuk pengalaman seakan cip Apple, ia hanya disokong pada peranti Vivo yang menjalanjab Funtouch OS. Bagi peranti lain, ia perlu menggunakan cara tambatan Bluetooth yang biasa – tetapi ianya lebih pantas.
Cip ini juga memberi sokongan aptX HD. Bateri Vivo TWS Earphone ini adalah 25mAh pada fon telinga dan 400mAh pada pod pengecasan. Untuk pengecasan ia menggunakan USB-C dan juga pengecasan nirwayar.
Harga jualan adalah RMB999, iaitu sekitar RM590 sepasang. Harganya mirip dengan Apple AirPods pertama yang tidak mempunyai sokongan pengecasan nirwyar. Apakah kata anda?