Cari @ Amanz

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumksan pelan untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati kelajuan internet yang baik. Melalui pelan yang dikongsikan, salah satunya adalah untuk memastikan ketersediaan sambungan internet sepantas 500Mbps di semua ibu negeri menjelang 2021 kelak.

Terbaru, hari ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekali lagi menekankan sasaran berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, pada era ekonomi digital masa kini, sambungan internet adalah sesuatu yang penting, dan infrastruktur telekomunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalamnya.

Selain daripada sasaran mempunyai capaian minimum 500Mbps di 00% premis di semua ibu negeri, kerajaan turut menyasarkan 98% kawasan mempunyai kelajuan purata 30Mbps menjelang 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd