Cari @ Amanz

Pasca masalah yang melanda Galaxy Note 7, mula kedengaran ura-ura Samsung akan menghentikan penggunaan nama Galaxy Note. Tetapi ini tidak berlaku kerana tiga lagi peranti Note dilancarkan selepas itu. Tetapi kini ura-ura penjenamaan semula peranti Galaxy Note muncul semula menerusi ciapan @evelaks.

Menurut beliau sumber dalaman di Samsung mengatakan tahun hadapan nama Galaxy S11 tidak akan digunakan, Sebaliknya siri baru Galaxy One akan dilancarkan. Menarik sekali peranti Galaxy One juga akan dilengkapi S Pen seperti peranti Note. Untuk separuh tahun kedua, Samsung akan menggantikan pelancaran Galaxy Note dengan Galaxy Fold. Ini selaras dengan perancangan Samsung untuk menjual lebih banyak peranti skrin boleh lipat bermula tahun hadapan. Galaxy Fold akan mengambil tempat sebagai peranti paling premium dilancarkan oleh Samsung selepas ini.

Sebagai peminat peranti Note ura-ura ini adalah sedikit mengecewakan tetapi kami memahami sekiranya ia menjadi realiti. Suatu ketika dahulu terdapat perbezaan ketara di antara peranti Galaxy S dan Galaxy Note tetapi kini perbezaan hanya terletak pada kewujudan S Pen serta saiz RAM. Galaxy S10+ tahun ini misalnya dilengkapi skrin lebih besar berbanding Galaxy Note 10.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd