Cari @ Amanz

OnePlus 7T Akan Dilancarkan Pada 26 September – Mengesahkan Penggunaan Skrin 90Hz

Oleh Aman

Link Copied!

OnePlus hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan siri OnePlus 7T secara rasminya di India pada 26 September 2019 ini. Seperti sebelum ini, siri OnePlus 7T dijangka membawakan beberapa variasi peranti, termasuk pilihan “Pro”.

Pada pengumuman berkaitan pelancaran ini juga, pihak OnePlus mengesahkan peranti berkenaan akan hadir dengan skrin 90Hz – sekaligus menawarkan pengalaman yang sangat lancar bersama-sama dengannya.

Selain itu, kita juga mungkin boleh melihat penggunaan spesifikasi terkini bersama-sama dengannya, selain ciri kamera baru pada OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh OnePlus dalam tempoh dua minggu lagi.


Komen ()