Cari @ Amanz

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan sosial milik Facebook. Terbaru, pihak Facebook telah mengemaskini halaman Facebook Creator Studio, sekaligus membolehkan para pengguna untuk menjadualkan perkongsian ke Instagram dan juga IGTV.

Facebook Creators Studio

Melaluinya, pengguna boleh menambah gambar atau video yang ingin dikongsikan, menambah maklumat berkaitan, dan seterusnya memilih untuk berkongsi terus atau untuk menjadualkan ia dikongsikan pada kemudian masa.

Dengan pilihan baru ini, ia sekaligus memudahkan pemilik akaun jenama dan perniagaan untuk berkongsi dengan lebih mudah, selain menjaga akaun Instagram mereka dengan lebih efisien.

Bagi anda yang mempunyai akaun Facebook dan Instagram, mungkin boleh mencuba ciri baru ini melalui Creator Studios hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd