Carian
YouTube Akan Menghentikan Fungsi Leanback Bermula 2 Oktober
September 17, 2019 Effi Saharudin

Sebelum wujudnya Chromecast, YouTube memperkenalkan fungsi Leanback pada tahun 2010 bagi memudahkan tontonan pada komputer riba dan televisyen. YouTube masih boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar tanpa komputer riba disentuh misalnya. Bagi mereka yang masih menggunakan fungsi ini, berita buruk bagi anda pagi ini ialah ia akan dihentikan bermula 2 Oktober.

Sekiranya anda menggunakan Leanback hari ini, anda akan menerima mesej seperti di atas. Menurut laporan Variety fungsi ini dihentikan oleh YouTube kerana ia tidak lagi direka untuk digunakan pada peranti yang tidak memenuhi syarat Google sehingga tidak menyokong kesemua fungsi yang diberikan.

Penarikan antaramuka Leanback ini akan mendatangkan impak kepada pengguna yang mengakses YouTube menggunakan PC yang disambungkan kepada televisyen dirumah. Selepas ini antaramuka laman web sahaja akan dipaparkan dan seperti sedia maklum ia kurang mesra pengguna berbanding yang ditawarkan oleh Leanback.

Komen