Carian
Wi-Fi 6 Dilancarkan Dengan Sokongan Kapasiti Rangkaian Lebih Besar
September 17, 2019 Aman

Wi-Fi Alliance hari ini telah pun mengumumkan pelancaran piawaian terbaru mereka, iaitu Wi-Fi 6. Dengan pengenalannya secara rasmi, kita akan mula melihat pelbagai peranti mula hadir dengan sokongan rangkaian Wi-Fi 6 atau 802.11ax tidak lama lagi.

WiFi 6

Wi-Fi 6 membawakan penambah-baikkan dari segi sokongan kapasiti dan prestasi lebih baik, sekaligus menjadikannya menawarkan rangkaian yang lebih baik di lokasi seperti stadium, lapangan terbang, dan sebagainya.

Wi-Fi 6 dikatakan menawarkan kapasiti sebanyak 4 kali ganda berbanding Wi-Fi 5 sebelum ini. Selain daripada itu, ia juga menawarkan kebolehan rangkaian lebih pantas, disamping menawarkan penjimatan bateri pada peranti yang menggunakan piawaian berkenaan.

Antara peranti yang hadir dengan sokongan WiFi 6 adalah termasuk Samsung Galaxy Note 10, Galaxy Note 10+, iPhone 11, iPhone 11 Pro yang terbaru.

Komen