Samsung Galaxy A50s Berharga RM1299 Di Malaysia, Galaxy A30s Berharga RM899
Aman
Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A untuk pasaran Malaysia, iaitu Galaxy A50s dan juga Galaxy A30s.

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan penawaran skrin bersaiz 6.4-inci bertakuk, menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan 15W, dan dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin. Kedua-dua peranti juga turut menyokong pembayaran menggunakan Samsung Pay.
Galaxy A50s menawarkan skrin pada resolusi FHD+, dilengkapi tri-kamera gabungan 48MP + 5MP + 8MP, kamera swafoto 32-megapixel, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.
Galaxy A30s pula hadir dengan skrin pada resolusi HD+, menggunakan tri-kamera gabungan 25MP + 5MP + 8MP, kamera swafoto 16-megapixel, memori 4GB RAM dan storan 64GB.
Kedua-dua telefon pintar ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 21 September ini. Samsung Galaxy A30s ditawarkan pada harga RM899, sementara Galaxy A50s pula ditawarkan pada harga RM1299.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.