Cari @ Amanz

Pada tahun ini, AMD akhirnya telah memperlihatkan siri cip pemprosesan 7nm untuk komputer desktop, iaitu AMD Ryzen 3000. Boleh dikatakan bahawa siri cip pemprosesan tersebut diantara produk yang paling laku oleh mereka di seluruh dunia kerana prestasi yang mengagumkan dan tanda harga mampu milik.

Terkini, beberapa slaid telah tertiris yang menunjukkan bahawa AMD bakal memasuki pasaran komputer riba pula melalui dua siri APU berdasarkan cip pemprosesan Zen 2, iaitu “Renoir” dan juga “Dali“.

Bermula dengan APU “Renoir”, ia dikatakan bahawa cip pemprosesan ini akan hadir dengan lapan teras Zen 2 dan iGPU menggunakan cip pemprosesan grafik Radeon 7nm juga, yang akan hadir dengan 3-4 unit perkomputeran. Ia dikatakan APU ini akan digunakan untuk komputer riba berkuasa dan berprestasi tinggi. APU Renoir juga dijangka mempunyai prestasi setaraf CPU AMD Ryzen 5 3600/3700.

Kedua ialah APU “Dali” yang dikatakan hadir dengan dua teras Zen 2 dan jumlah iGPU yang sama. Untuk APU ini, AMD juga dijangka akan memasuki pasaran komputer riba nipis dan ringan yang hadir dengan prestasi yang cukup bagus untuk tugasan produktiviti, disamping hadir dengan jangkahayat bateri yang panjang.

Slaid yang tertiris juga memperlihatkan bahawa kita akan boleh mula melihat komputer-komputer riba yang dikuasakan oleh APU-APU Zen 2 ini bermula pada tahun 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd