Cari @ Amanz

Realme baru sahaja melancarkan Realme XT pada minggu lepas, dan kini mereka telah mula mengacah pelancaran Realme X2 untuk pasaran China.

Realme X2

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Realme sekadar mengatakan yang mana Realme X2 akan hadir dengan kamera utama 64-megapixel.

Berkemungkinan juga ini adalah variasi Realme XT untuk pasaran China, dan hanya sekadar menggunakan penjenamaan baru semata-mata sahaja.

Realme sebelum ini turut telah mengacah pengenalan Realme XT 730G yang disasarkan untuk pelancaran pada bulan Disember kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd