Nissan Memperlihatkan Tiga Rekaan Konsep Kerusi Gaming Berdasarkan Kenderaan-Kenderaan Mereka

Nissan Memperlihatkan Tiga Rekaan Konsep Kerusi Gaming Berdasarkan Kenderaan-Kenderaan Mereka

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Nissan ialah sebuah jenama yang terkenal untuk kenderaan-kenderaannya. Baru-baru ini, syarikat kenderaan dari Jepun tersebut telah bekerjasama dengan organisasi-organisasi e-sukan FaZe Clan dan OpTiC Gaming untuk membina tiga buah kerusi gaming yang direka khusus berdasarkan kenderaan-kenderaan Nissan.

Tiga kenderaan yang digunakan Nissan sebagai inspirasi untuk kerusi-kerusi gaming ini ialah Nissan GT-R Nismo, Nissan Armada SUV dan Nissan Leaf.

Setiap kerusi ini bukan sahaja hadir dengan rekaan tempat duduk yang sama seperti tempat duduk didalam kenderaan-kenderaan ini, tetapi juga hadir dengan beberapa ciri yang unik kepada kerusi-kerusi ini.

Kerusi Nissan GT-R Nismo misalnya hadir dengan pembesar suara terbina didalam kerusi, manakala kerusi Nissan Armada menggunakan kulit premium dan mempunyai sokongan belakang untuk pengalaman duduk yang paling selesa, disamping sistem penyejukan dan pemanansan terbina didalam.

Dalam pada itu, kerusi Nissan Leaf pula bukan sahaja dibina menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula, tetapi ia juga mempunyai tempat letak rehat dan palam USB yang boleh digunakan untuk mengecas peranti-peranti pengguna.

Buat masa ini Nissan masih tiada sebarang rancangan untuk membina kerusi-kerusi gaming ini, tetapi melalui sebuah bancian di Twitter, mereka boleh dikatakan sedang mengagak minat orang ramai jika ia benar-benar berbaloi membina kerusi gaming premium seperti ini.


TIPS & ULASAN