Xiaomi boleh dikatakan agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti baru akhir-akhir ini. Terbaru, mereka menjadualkan pengenalan Xiaomi Mi 9 Pro 5G pada minggu hadapan, 24 September 2019.
Bersama-sama dengannya juga, Xiaomi turut dijangka memperlihatkan peranti konsep Xiaomi Mix 5G, selain sistem operasi terbaru mereka, MIUI 11.
Buat masa ini, info mengenai Mi 9 Pro masih tidak diketahui sepenuhnya. Sebelum ini, Xiaomi telah mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan pengecasan pantas 30W bersama-sama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Xiaomi.