Kamera Persidangan Jabra PanaCast 4K Diperkenalkan – Kamera Web 180 Darjah 4K Dengan Kebolehan Kecerdasan Buatan

Kamera Persidangan Jabra PanaCast 4K Diperkenalkan – Kamera Web 180 Darjah 4K Dengan Kebolehan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Jabra mungkin dikenali sebagai jenama aksesori elektronik untuk golongan aktif, tetapi mereka juga cukup terkenal untuk beberapa aksesori elektronik lain juga.

Jabra Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa kamera web terbaru mereka, iaitu Jabra PanaCast 4K sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan ialah sebuah kamera web yang cukup sesuai sekali untuk syarikat-syarikat yang sering mengadakan mesyuarat atas talian beramai-ramai.

 

Kamera Jabra PanaCast 4K ini hadir dengan tiga buah kamera 13MP yang boleh merakam video bersudut 180 darjah pada resolusi 4K, yang sangat sesuai untuk mesyuarat-mesyuarat atas talian yang mempunyai ramai pengguna. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis ciri yang membolehkannya mengubahsuai kualiti rakaman dari segi video, audio dan optik tanpa perlu campur tangan dari pengguna.

Pertama ialah ciri Intelligent Vision yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menyelaraskan pelbagai aspek seperti jarak fokus, pengesanan pengguna dan sebagainya dengan cepat dan mudah.

Intelligent Zoom pula mengoptimumkan kawasan liputan video supaya semua pengguna dapat dilihat melalui kamera. Dalam pada itu, PanaCast Vivid 2.0 memastikan bahawa kualiti video yang distrimkan sentiasa berada didalam keadaan optimum, walaupun didalam keadaan cahaya yang malap.

Untuk syarikat-syarikat dengan jabatan IT yang besar, Jabra turut akan memperkenalkan PanaCast API tidak lama lagi yang akan membenarkan pengguna

Menurut Jabra Malaysia, kamera web Jabra PanaCast 4K ini sudahpun tiba melalui pengedar-pengedar sah di Malaysia pada harga RM4599. Aksesori-aksesori seperti kaki meja, pelekap dinding dan kabel USB turut dijual melalui pengedar-pengedar tersebut.


TIPS & ULASAN