Singapura Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Internet – Pelanggan Singtel, StarHub Dan M1 Terjejas

Singapura Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Internet – Pelanggan Singtel, StarHub Dan M1 Terjejas

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Singapura, satu-satunya negara dunia pertama di Asia Tenggara boleh dikatakan mempunyai rangkaian sambungan internet yang terpantas di rantau ini juga.

Walaupun begitu, kepulauan republik tersebut nampaknya sedang berhadapan dengan krisis dimana sambungan internet mereka terpotong, dengan syarikat-syarikat telekomunikasi terbesar mereka, Singtel, StarHub dan M1 semuanya sedang menghadapi masalah ini.

Berdasarkan kicauan awal Straits Times, ketiga-tiga syarikat tersebut dikatakan mula mengalami masalah ini pada pukul 6 petang sebentar tadi. Berdasarkan maklumat daripada orang ramai, hanya perkhidmatan data mudah-alih terkesan dengan isu ini, manakala perkhidmatan internet ISP (gentian optik) yang lain tidak terjejas.

Buat masa ini, ia masih belum diumumkan lagi mengapa gangguan internet mudah alih ini sedang berlaku.

[Artikel ini sedang dikemaskini]



TIPS & ULASAN