Cari @ Amanz

Snapchat hari ini telah memperkenalkan sebuah mod rakaman baru, dinamakan “3D Camera Mode”. Melaluinya, ia membolehkan anda merakamkan gambar swafoto, dan seterusnya menjadikan hasil rakaman berkenaan berbentuk seumpama 3D dengan kesan khas.

Snapchat 3D Camera

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan rakaman seumpamanya dengan mod 3D ini, pengguna memerlukan iPhone X dan terkini.

Hasil rakaman boleh dikongsikan seperti biasa, dan pengguna yang melihatnya boleh mengerak-gerakkan peranti untuk melihat kesan berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Snapchat, boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati ciri baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd