Amazon Hadir Dengan Amazon Music HD – Penstriman Muzik Nirhilang

Amazon Hadir Dengan Amazon Music HD – Penstriman Muzik Nirhilang

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Amazon sedia menawarkan perkhidmatan penstriman muzik mereka dinamakan Amazon Music. Hari ini, mereka membuat kejutan dengan melancarkan perkhidmatan penstriman muzik dengan kualiti tinggi nirhilang, iaitu Amazon Music HD.

Amazon Music HD ditawarkan pada harga $14.99 sebulan, dimana ia menawarkan jutaan lagu pada kualiti 24-bit, sehingga 192kHz.

Pada hari ini, boleh dikatakan hanya Tidal sahaja yang memfokuskan kepada perkhidmatan penstriman muzik berkualiti tinggi. Dengan penyertaan Amazon ini, ia akan memberikan lebih persaingan dalam arena ini – selain membuatkan lebih ramai memilih Amazon disebabkan penawaran lebih menyeluruh melalui Amazon Prime mereka.

Layari : Amazon Music HD


TIPS & ULASAN