Cari @ Amanz

Mozilla pada hari ini memperkenalkan sebuah versi baru Firefox sekitar enam ke lapan minggu sekali. Hal ini sendiri boleh dikatakan agak pantas. Dalam usaha membawa ciri baru dengan lebih laju lagi kepada pengguna, kini Mozilla mengumumkan mereka merancang untuk memperkenalkan versi baru Firefox setiap empat minggu sekali bermula tahun hadapan.

Mozilla merancang memperkenalkan perubahan baru ini bermula daripada awal tahun 2020 kelak.

Dengan perubahan ini, selain pengenalan ciri baru, ia juga akan membolehkan Firefox memperkenalkan Web API baru kepada pengguna, mahupun pembangun.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan mengikut jejak untuk penawaran Chrome. Chrome pada masa kini diperkenalkan dengan versi baru setiap enam minggu sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd