Carian
Apple Mungkin Hadir Dengan iPad Menggunakan Tri-Kamera Belakang
September 18, 2019 Aman

iPad Pro Tri KameraApple telah pun memperkenalkan iPhone 11 yang menyertakan tri-kamera belakang pada minggu lepas. Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Apple dalam persiapan memperkenalkan iPad Pro baru dengan tri-kamera belakang seumpama yang terdapat pada iPhone.

Dengan penawaran tri-kamera pada iPad, ia sekaligus akan membolehkan iPad turut digunakan untuk membuat rakaman video, dan menyuntingnya terus menggunakan peranti berkenaan. Selain daripada itu, ia juga akan memainkan peranan penting dalam arena realiti-gabungan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya. Beberapa desas-desus mengatakan ia mungkin hadir seawal Oktober ini.

Komen