Carian
Rockstar Games Launcher Diperkenalkan – Menawarkan GTA San Andreas Secara Percuma
September 18, 2019 Aman

Rockstar Games, salah satu penerbit permainan terkemuka hari ini telah memperkenalkan Rockstar Games Launcher untuk Windows.

GTA Launcher

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna melihat pelbagai permainan daripada Rockstar pada satu tetingkap dengan mudah, selain pada masa yang sama menikmati kemaskini terbaru, mengikut berita semasa, dan juga menikmati ciri penanda berasaskan awanan.

Rockstar Games Launcher juga turut boleh digunakan untuk pengguna membeli permainan melaluinya.

Bersempena dengan pengenalan ini, pihak Rockstar turut menawarkan GTA San Andreas secara percuma untuk masa terhad bagi anda yang memuat-turun dan memasang Rockstar Games Launcher ini.

Komen