Carian
Aplikasi CamScanner Kembali Ditawarkan Di Google Play Store
September 18, 2019 Aman

Aplikasi CamScanner telah pun dibuang daripada Google Play Store beberapa minggu lepas, kerana ia didapati menyertakan sebuah kod yang membahayakan, membolehkan perisian hasad dimuat-turun ke peranti pengguna tanpa mereka sedari.

Sejak daripadanya, pihak CamScanner telah mengemaskini aplikasi mereka, dan membuang kod berkaitan. Terbaru, selepas melalui proses pengesahan kembali, aplikasi CamScanner telah pun mula ditawarkan kepada Android melalui Play Store.

Pada masa yang sama, pihak CamScanner turut meminta maaf – mengatakan mereka menjadi mangsa kepada SDK pengiklanan daripada AdHub yang menyertakan modul berkaitan. CamScanner mengatakan mereka telah memutuskan perhubungan dengan rangkaian berkenaan, dan telah membuang kod berkaitan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun kembali CamScanner dari Google Play Store seperti kebiasaan.

Komen