Cari @ Amanz

Oppo sedia terkenal dengan penawaran pengecasan pantas dibawah jenama VOOC mereka. Terbaru, pengeluar dari China berkenaan telah memperlihatkan beberapa penawaran terbaru mereka dalam arena teknologi pengecasan pantas.

Oppo SuperVOOC 65W

Menjadi fokus ramai adalah 65W SuperVOOC. Sokongan pengecasan pantas ini akan hadir pada Oppo Reno Ace kelak. Ia menawarkan sokongan pengecasan pantas 65W, membolehkan peranti dengan bateri 4000mAh dicas penuh dalam masa sekitar 30 minit sahaja.

Disamping itu, pihak Oppo turut memperlihatkan teknologi pengecasan nirwayar 30W Wireless VOOC Flash Charge. Melaluinya, ia membolehkan peranti dengan sokongan pengecasan nirwayar Oppo dicas dengan lebih pantas berbanding pengecasan nirwayar lain. Untuk makluman, sebelum ini pada minggu lepas Xiaomi turut memperlihatkan sokongan lebih kurang sama.

Dan akhir sekali adalah pengenalan pengecasan VOOC 4.0 yang menawarkan sokongan pengecasan pantas 30W – ditujukan untuk semua peranti Oppo. Melalui VOOC 4.0, ia membolehkan bateri 4000mAh dicas penuh dalam masa 73 minit – 12% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia akan hadir terbina pada Oppo K5 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd