Cari @ Amanz

Dengan populariti aplikasi sosial, ia turut menjadi halaman setempat untuk mengikuti berita semasa. Beberapa perkhidmatan telah pun dalam perancangan untuk memudahkan lagi proses berkenaan, dan kini laporan baru hadir mengatakan Snapchat turut sedang melihat ke arena berkenaan.

Mengikut laporan The Information, Snap dikatakan ingin menambah sebuah tab khusus yang didedikasikan untuk berita dalam aplikasi Snapchat.

Ia kelak akan memperlihatkan sejumlah berita-berita terkini daripada rakan kerjasama dan penerbit-penerbit yang dipercayai.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal perancangan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan pada aplikasi berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd