Cari @ Amanz

Selain daripada kemaskini untuk keluarga siri-A, Samsung juga kini telah mula memperkenalkan beberapa model baru dibawah keluarga siri M. Di India, Samsung kini telah melancarkan dua model baru dibawah Galaxy M, iaitu Galaxy M30s dan juga Galaxy M10s.

Samsung Galaxy M30s

Galaxy M30s hadir dengan skrin 6.4-inci dengan panel sAMOLED bertakuk, dijana cip Exynos 9611, memori sehingga 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel. Menjadi fokus pada peranti ini juga adalah sokongan bateri berkapasiti 6000mAh dengan kepantasan pengecasan 15W.

Samsung Galaxy M30s

Galaxy M10s pula hadir dengan skrin 6.4-inci dengan resolusi HD+, dilengkapi panel sAMOLED bertakuk, dijana cip Exynos 7884B, memori sehingga 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan 15W.

Samsung Galaxy M10s

Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja. Kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan di beberapa buah negara lain dalam masa terdekat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd