Celcom Memperkenalkan XP Lite – Pelan Pascabayar Terbaru Dibawah Jenama Xpax

Celcom Memperkenalkan XP Lite – Pelan Pascabayar Terbaru Dibawah Jenama Xpax

Diterbitkan pada Sep 18, 2019 oleh .

Jenama Celcom XPax biasanya dikenali orang ramai sebagai pelan telekomunikasi pra-bayar yang cukup popular dikalangan orang muda. Terkini, Celcom nampaknya dilihat hadir dengan sebuah pelan pascabayar baru yang hadir dengan harga mampu milik.

Pelan pascabayar ini dinamakan XP Lite, dan ia menawarkan pengguna panggilan percuma tanpa had dan data 1GB sebulan pada harga pendaftaran dan bulanan RM28 sebulan. Apa yang membuatkan pelan XP Lite ini sebuah pelan yang sangat kompetitif ialah dua pas penambahan data mereka yang dinamakan M Pass dan juga L Pass.

Bermula dengan M Pass, pengguna hanya perlu membayar RM10 sebulan untuk mendapatkan data tambahan sebanyak 7GB (4GB + 3GB Video Walla percuma) sebulan, manakala dengan L Pass, pengguna boleh mendapatkan data tambahan sebanyak 14GB (11GB + 3GB Video Walla percuma) pada harga RM30 sahaja.

Jika anda menggunakan pelan XP Lite ini dengan pas data L Pass, anda juga boleh membeli beberapa peranti pintar pada harga yang sangat murah. Telefon-telefon yang ditawarkan termasuklah Oppo A1K, Oppo A5s, Vivo Y91C, Vivo Y17 dan Nubia Red Magic 3.

Dalam pada itu, melalui pelan XP Lite ini, pengguna boleh mengaktifkan pas Ultra Hour dimana pengguna boleh menggunakan data tanpa had selama satu jam setiap hari pada harga RM1 sahaja.

Ganjaran menggunakan pelan pascabayar XP Lite dan M Pass dan L Pass ini tidak berhenti di situ sahaja. Bergantung kepada pas yang anda gunakan, anda akan mendapat ganjaran tambahan selepas menggunakannya selepas enam bulan.

Untuk pengguna M Pass, anda akan mendapat 1GB Video Walla setiap bulan, manakala untuk para pengguna L Pass, anda akan menerima pas Ultra Hour setiap hari.

Menurut Celcom, pelan XP Lite ini boleh didaftar bermula hari esok di semua cawangan Celcom Blue Cube di seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN