Sokongan auto-isi kod pengesahan yang diterima SMS sudah pun disokong oleh iOS. Tetapi, untuk Android melalui API Google SMS Retriever – kod hanya boleh disalin dan tidak boleh auto-isi. Terkini, Google telah mula menambah sokongan ini melalui kemaskini Google Play Services.
Jika pengguna sudah pun mengguna fungsi auto-isi dari Google dan bukannya perkhidmatan lain seperti 1Password atau Last Pass, tetapan Autofill akan memaparkan “Verification code autofill“. Melalui kemampuan ini, ia akan lebih memudahkan pengguna. Fungsi ini dilihat menyokong mana-mana aplikasi permesejan dan tidak terhad kepada Android Message sahaja. Akan tetapi, ia adalah kemaskini dari bahagian pelayan dan sumber memberitahu yang Google Play Services versi 19.2.75 adalah versi yang memaparkan fungsi ini.
Akan tetapi, tidak ada gunanya juga fungsi ini jika pembangun aplikasi tidak menggunakan API dari Google. Contohnya nombor TAC dari CIMB dan Maybank, tidak menyokong mana-mana fungsi auto-isi – baik iOS atau Android.