Android TV adalah sistem operasi dari Google untuk televisyen pintar. Ia digunakan oleh banyak jenama televisyen dan peranti-peranti kotak set Android TV. Versi yang terkini hadir dengan sokongan Google Assistant terbina, pembelajaran mesin ditambah baik, memberi cadangan rancangan yang ingin ditonton dan banyak lagi.
Rangakain internet pada Android TV adalah melalui WiFi atau juga kabel LAN. Tetapi bagaimana pula dengan negara-negara yang masih membangun yang rangkaian internet adalah terhad atau pun berkuota? Terkini, Google telah menambah sokongan mod penjimatan data pada sistem operasi ini. Mod ini akan menjimatkan data pengguna sebanyak tiga kali dan sistem akan memberi notifikasi jika penggunaan data telah mencapai 100MB, 500MB dan 1GB (tetapan boleh dipilih).
Fungsi ini dilihat difokuskan untuk India sahaja terlebih dahulu. Ia akan diedarkan kepada televisyen-televisyen seperti Xiaomi, TCL, dan MarQ bermula dalam minggu-minggu akan datang. Tetapi tidak hairan jika fungsi ini turut akan diperkenalkan secara meluas pada suatu hari nanti.