Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah pun hadir dengan penawaran peranti tersendiri mereka dinamakan “Portal” dalam usaha memudahkan pengguna membuat panggilan video. Terkini, hari ini Facebook turut memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Portal berkenaan.

Facebook Portal

Sebanyak tiga peranti diperkenalkan, dimana Portal hadir dengan skrin 10-inci, dan Portal Mini pula hadir dengan skrin 8-inci. Kedua-duanya boleh digunakan untuk membuat panggilan video, menonton video, mahupun menyemak media lain melaluinya.

Menariknya, bersama-sama dengannya juga pihak Facebook memperkenalkan Portal TV.

Portal TV adalah sebuah peranti khas seumpama Kinect yang dihubungkan ke televisyen. Menghubungkannya, pengguna boleh membuat panggilan video, selain turut menggunakannya dalam menonton pelbagai video daripada Facebook Watch.

Facebook turut mengatakan kelak anda turut boleh membuat panggilan WhatsApp menggunakan peranti Portal ini. Ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan integrasi Alexa untuk mendapatkan jawapan bagi pelbagai persoalan.

Buat masa ini, Facebook mengumumkan penawaran Portal ini untuk beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan juga Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd