Cari @ Amanz

Rangkaian 5G adalah salah satu perkara yang sedang diperkatakan hangat, dan dijangka membawa kepada pelbagai perubahan dalam gaya hidup beberapa tahun lagi. Selari dengannya, kini Cyberview dan juga Digi mengumumkan kerjasama dan memperkenalkan 5G OpenLab.

5G OpenLab merupakan salah satu lokasi khusus di Cyberjaya yang mengalakkan mereka yang terlibat dalam arena akademik, perniagaan atau pembangunan untuk bekerjasama dalam menguji perkhidmatan 5G mereka.

Digi 5G OpenLab

Makmal berkenaan juga dijangka menawarkan kemudahan untuk menguji dan membangunkan prototaip berkaitan 5G dengan mudah. Buat masa ini, makmal berkenaan menawarkan akses ujian menggunakan 100Mhz daripada spektrum 3.5Ghz.

5G OpenLab ini akan dibuka bermula 1 Oktober 2019 kelak, dimana antara yang akan melakukan ujian disana adalah termasuk Universiti Putra Malaysia dan yang lain. Bagi yang berminat, turut boleh membuat permohonan untuk menggunakan dan menguji makmal berkenaan melalui laman 5G OpenLab.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd