Cari @ Amanz

Jerebu adalah salah satu masalah yang menjadi igauan ramai akhir-akhir ini, dimana pelbagai institusi terpaksa ditutup sementara sehingga masalah ini selesai. Dalam usaha memudahkan pengguna untuk mengetahui pelbagai informasi semasa berkaitan jerebu dengan mudah, kini sebuah laman dilancarkan pembangun tempatan, dinamakan HazeMalaysia.

HazeMalaysia.com

HazeMalaysia dilihat ingin menjadi hab setempat dalam memudahkan pengguna mendapatkan informasi semasa berkaitan jerebu, selain pada masa yang sama mengikuti tips untuk kekal selamat, mengetahui kesan jerebu terhadap kesihatan, dan sebagainya.

Informasi yang disusun juga adalah kemas, dan menggunakan visual dalam penyampaian yang lebih mudah difahami. Laman HazeMalaysia juga turut dioptimasikan untuk paparan peranti mudah-alih mahupun untuk desktop.

Bagi anda yang ingin mendapatkan info terkini berkaitan jerebu, mungkin boleh menyemak laman HazeMalaysia ini hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd