Sejak 2012 skor DXOMark dijadikan kayu pengukur kemampuan kamera yang dijual di pasaran. Bagi sesetengah pengeluar markah yang diterima peranti mereka akan diumumkan ketika acara pelancaran bagi menunjukkan kemampuan kamera yang digunakan berbanding pesaing mereka. Tetapi DXO menerima banyak kritikan kerana tidak melakukan ujian yang lebih menyeluruh kerana metodologi yang dikatakan ketinggalan zaman.
Semalam DXO mengumumkan mereka akan melakukan dua ujian baharu iaitu kemampuan lensa sudut ultra lebar da mod malam yang akan memberikan skor yang lebih tepat. Antara kriteria yang akan diambil kira ialah dedahan gambar, tahap hingar, keperincian objek dan tahap silau yang dilihat pada imej yang diambil.
Selepas pengenalan dua ujian baharu ini, Samsung Galaxy Note 5G masih kekal di atas dengan skor 117 markah diikuti oleh Huawei P30 Pro (116 markah), Samsung Galaxy S10 5G (116 markah) da Honor 20 Pro (113 markah. Kesemua markah baharu ini adalah lebih tinggi berbanding yang diterbitkan sebelum ini.