Cari @ Amanz

Pada bulan Ogos yang lalu Astro mengumumkan fungsi storan awanan bakal diperkenalkan kepada pelanggan mereka. Hari ini fungsi ini telah diaktifkan kepada pelanggan menerusi aplikasi Astro Go. Setiap pelanggan boleh merakam sehingga 200 jam rancangan di storan awanan secara percuma.

Menerusi aplikasi pelanggan hanya perlu mencari rancangan yang ingin dirakam dan ia kemudian akan disimpan secara automatik. Bagi mereka yang inginkan storan yang lebih besar mereka perlu membayar RM12 sebulan untuk storan 400 jam rakaman rancangan atau RM15 sebulan untuk 1500 jam rakaman rancangan.

Dengan fungsi storan awanan ini kesemua kandungan boleh ditonton pada pelbagai peranti yang telah didaftarkan oleh pengguna. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd