Google mendakwa yang YouTube adalah platform pentsriman nombor satu yang menyokong pengiklanan. Ini kerana, kesemua pengguna menghabiskan secara jumlah 250 juta jam sehari pada skrin TV. Jadi melaluinya ia banyak membuka peluang kepada pengiklan untuk mengiklankan produk mereka.
Untuk itu, Google memperkenalkan sokongan iklan auto-main pada YouTube untuk Andorid TV. Bukan itu sahaja, iklan pada aplikasi YouTube Android TV ini berada dalam bentuk Masthead, iaitu bersaiz yang sangat besar. Iklan ini akan bermain selama beberapa saat pada bahagian paling atas aplikasi YouTube di TV, kemudian ia akan secara automatik berubah menjadi mod skrin penuh. Akan tetapi, untuk tidak menjengkelkan para pengguna – iklan ini tidak mempunyai sebarang audio (mungkin buat masa ini).
Buat masa ini iklan ini berada dalam bentuk beta sahaja. Ia hanya akan lebih meluas bermula pada tahun hadapan.