Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan telefon pintar terbaru, Huawei turut telah melancarkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Watch GT2.

Jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan muka jam bulat, selain mana dijana sistem operasi tersendiri. Ia hadir dalam dua pilihan saiz, iaitu 42mm dan juga 46mm.

Huawei Watch GT2

Jam tangan pintar ini menggunakan skrin 1.39-inci AMOLED, dan mengekalkan rekaan elegan seumpama jam tangan biasa. Melengkapkan jam tangan pintar ini adalah cip pemprosesan Kirin A1 yang dibangunkan oleh Huawei, sekaligus memberikan penggunaan tenaga lebih efisien, selain sokongan Bluetooth lebih baik.

Huawei mengatakan ia mampu berfungsi sehingga dua minggu untuk penggunaan ringan. Namun, angka ini adalah untuk penggunaan biasa, dengan ciri GPS dimatikan. Ketahanan bateri adalah lebih rendah sekiranya ciri GPS diaktifkan.

Huawei Watch GT2

Selain daripada itu, jam tangan pintar ini turut menyertakan sejumlah ciri pemantauan menarik untuk aktiviti kecergasan dan sukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah jam tangan pintar ini akan memasuki pasaran tempatan, dan berapakah harga jualannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd