Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang dimiliki oleh Apple. Terkini, aplikasi ini telah dikemaskini dengan sokongan mod gelap sebelum iOS 13 stabil hadir secara rasmi. Ini bermakna, pengguna yang menjalankan iOS 13 versi percubaan boleh menikmati mod gelap ini secara lebih awal.
Dalam mod gelap pada Shazam, ia mengubah warna latar belakang dari biru ke hitam OLED. Selain itu dalam kemaskini ini juga, Shazam menambah sokongan tekan dan tahan pada muzik untuk ditambah sebagai muzik kegemaran dalam mana-mana platform penstriman muzik kegemaran. Kemudian, tatal menggunakan dua jari pada senarai muzik akan menambah terus ke dalam senarai main.
Bagi yang berminat, boleh terus muat turun atau kemaskini aplikasi Shazam melalui App Store atau tekan pautan di bawah.