Cari @ Amanz

Selain daripada iOS 13 versi stabil, Apple turut mengedarkan kemaskini watchOS 6 versi stabil kepada semua Apple Watch yang menyokongnya. Buat masa ini, hanya Apple Watch Series 4 Dan Apple Watch Series 3 Sahaja yang menyokongnya.

Apple watchOS

Untuk memuat turun kemaskini ini, anda perlu menggunakan iPhone. Sama Sahaja cara dengan mengemaskini iPhone kepada iOS 13. Pada iPhone, pergi ke Settings > General > Software Update. Akan tetapi, anda perlu pastikan Apple Watch anda berdekatan dengan iPhone.

watchOS 6 membawakan sokongan App Store secara terbina. Ini bermakna, pengguna boleh memuat turun aplikasi Apple Watch tanpa menggunakan iPhone. Kemudian, kemaskini sistem akan datang juga boleh terus dimuat turun pada Apple Watch. Selain itu, Apple turut menambah beberapa muka jam baharu, aplikasi memantau kitaran haid, aplikasi mengukur aras bunyi dan danyak lagi.

Ada juga beberapa aplikasi yang terhad kepada Apple Watch Series 4 sahaja. Untuk Apple Watch Series 1 Dan 2, kemaskini ini hanya akan diedarkan dalam masa akan datang. Nantikan sahaja pengumuman atau kerap semak notifikasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd