Cari @ Amanz

Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan permua daripada Apple. Ia merupakan sejenis platform langganan baharu. Pada 11 September, kami telah mengumumkan yang ia akan hadir ke pasaran Malaysia bermula 19 September 2019. Tetapi hanya pengguna iOS 13 sahaja boleh menggunakannya.

Apple Arcade

Kini iOS 13 telah rasmi dan Apple Arcade sudah boleh dilanggan. Harga langganan adalah RM19.90 dan Apple menawarkan percuma satu bulan langganan kepada pengguna. Melalui langganan ini, setiap permua boleh dimainkan secara rentas-platform pada macOS, iOS dan juga iPadOS. Setiap permua dalam Apple Arcade juga adalah eksklusif untuk plaform ini sahaja dan tidak boleh dimainkan pada paltform lain seperi Android. Pada hari pelancaran, terdapat 71 permua yang anda boleh main – lihat senarai permua di sini.

Buat masa ini, iPadOS belum lagi boleh menjalankan Apple Arcade, kerana kemaskini iPadOS 13 hanya akan hadir sekitar minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd