Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah melancarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan, termasuk dua telefon pintar berasaskan Android, iaitu Nokia 6.2 dan juga Nokia 7.2. Kedua-duanya hadir dijana Android One, menyertakan tri-kamera belakang, selain dilengkapi dengan sokongan paparan Pure Display.

Nokia 6.2

Nokia 6.2 menyertakan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkannya juga adalah bateri 3500mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP (depth>) + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 8-megapixel.

Nokia 7.2

Nokia 7.2 pula menggunakan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 3500mAh.

Untuk rakaman gambar, Nokia 7.2 dilengkapi tri-kamera 48MP Zeiss + 5MP (depth + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 20-megapixel.

Di Malaysia, Nokia 6.2 akan ditawarkan pada harga RM899 bermula awal Oktober kelak. Nokia 7.2 pula boleh didapati bermula hari ini pada harga RM1299.

Nokia Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd