AirAsia Memperkenalkan AirAsia WiFi – Internet Dalam Kapal Terbang Yang Mencapai 50Mbps

AirAsia Memperkenalkan AirAsia WiFi – Internet Dalam Kapal Terbang Yang Mencapai 50Mbps

Diterbitkan pada Sep 20, 2019 oleh .

Bagi yang tidak tahu, sejak tahun 2014 lagi AirAsia sudah mempunyai perkhidmatan WiFi tersendiri untuk para penumpang yang diberi nama ROKKI. Melalui perkhidmatan ini, ia menawarkan langganan internet kuota rendah yang cukup untuk media sosial. Kini selepas lima tahun, perkhidmatan ini dijenamakan semula kepada AirAsia WiFi.

AirAsia WiFi masih lagi dikuasakan oleh ROKKI. Kemudian infrastrukturnya adalah daripada Inmarsat GX Aviation. Inmarsat merupakan syarikat yang menawarkan perkakasan internet berasaskan statelit untuk kapal terbang.  Semasa zaman ROKKI, band yang digunakan adalah L-Band dan kini dengan penjenamaan semula kepada AirAsia WiFi – Kₐ-band telah digunakan. Melalui Kₐ-band, ia menawarkan kelajuan internet yang lebih laju – yang mana mampu mencapai 50Mbps. L-Band hanya 1.3Mbps.

Perlu diingatkan yang kelajuan ini adalah apa yang boleh dicapai secara maksima untuk satu kapal terbang, bukannya secara individu setiap penumpang. Ini bermakna, 50Mbps ini akan dikongsikan bersama-sama – ibarat WiFi satu rumah yang dikongsi oleh seisi keluarga. Menurut Sargunan SeenivasanCEO ROKKI, setiap penumpang mampu mencapai sekurang-kurangnya 2Mbps. Akan tetapi, jika kapal terbang itu penuh – setiap individu akan menikamati sekurang-kurangnya 0.5Mbps.

Penggunaan statelit Kₐ-band untuk AirAsia WiFi ini buat masa ini terhad kepada 8 kapal terbang sahaja (8 di Malaysia dan 2 di Thailand). Kelak pada tahun 2020, AirAsia menyasarkan kesemua 98 kapal terbang di Malaysia milik AirAsia akan sedia dilengkapi dengan kelengkapan ini. Jika anda tertanya kenapa AirAsia menyertakan sokongan WiFi, ini adalah kerana – ia akan memudahkan para penumpang lebih mudah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi antara ibu-bapa dan anak-anak yang mana anak-anak terpaksa ditinggalkan bagi tujuan kerja.

CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat  berkata – internet adalah ibarat oksigen kepada manusia. Tanpa internet, tidak semua ‘boleh’ hidup. Kemudian perubahan antara L-Band ke Kₐ-band pula adalah ibarat jerebu dan udara segar. Jika jerebu sukar untuk bernafas, L-Band sukar memberi pengalaman internet yang memuaskan. Tepapi udara segar adalah mudah untuk bernafas dan Kₐ-band mampu memberikan kelajuan Internet yang hebat.

Harga langganan bagi setiap pakej pula adalah sedikit mahal. Tetapi untuk kapal terbang – ia mungkin boleh diterima. Berikut adalah senarai harga dan perbandingan;

Untuk tempoh percubaan, 10MB data diberikan secara percuma kepada semua penumpang sepanjang bulan September. Tetapi, AirAsia sedang merancang untuk melanjutkan tempoh percubaan ini sehingga sepanjang bulan Oktober.


TIPS & ULASAN