Redmi telah mengacah pengenalan peranti naik-taraf untuk Redmi K20 Pro sejak beberapa minggu lepas, dan kini mereka telah pun melancarkan secara rasminya model yang dinamakan sebagai Redmi K20 Pro “Premium Edition”.
Secara luarannya, ia menawarkan rekaan yang lebih kurang sama tetapi dengan pewarnaan yang sedikit berbeza.
Dari segi spesifikasi pula, Redmi K20 Pro kini hadir menyertakan cip Snapdragon 855+, pilihan memori sehingga 12GB RAM, dan pilihan storan sehingga 512GB. Penawaran lain adalah lebih kurang sama seperti Redmi K20 Pro atau yang mana dikenali dengan nama Xiaomi Mi 9T Pro di Malaysia.
Di China, model variasi ini ditawarkan pada harga CNY2699, iaitu sekitar RM1590. Ia tidak diketahui lagi sama ada model variasi ini akan diperluaskan ke pasaran tempatan atau sebaliknya.