Cari @ Amanz

Asus ROG Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar permua yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Terkini, melalui perkongsian di Facebook, Asus memperlihatkan yang mereka bakal melancarkan Asus ROG Phone 2 secara rasmi di Malaysia pada 16 Oktober 2019 ini.

Asus ROG Phone 2 versi tempatan bakal hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 1TB, selain penyertaan sokongan pengecasan pantas 30W.

Asus ROG Phone 2

Dari segi spesifikasi lain, ia hadir dengan skrin 6.59-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana Snapdragon 855+, dwi-kamera utama 48MP + 13MP, selain kamera swafoto 24-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan kita mungkin mengetahui berkenaan dengannya pada 16 Oktober 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd