Cari @ Amanz

Huami merupakan salah satu syarikat dibawah ekosistem Xiaomi, dan telah sedia menawarkan sejumlah peranti boleh-pakai dibawah jenama Amazfit. Terbaru, mereka turut memperlihatkan peranti konsep menggunakan skrin melengkung, dinamakan Amazfit X.

Amazfit X

Amazfit X ini dilihat hadir dengan skrin melengkung bersaiz 2.07-inci, dan menyertakan sokongan bateri sehingga 7 hari lamanya. Mereka turut menggunakan rekaan papan induk yang dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya boleh hadir dengan rekaan melengkung ini.

Amazfit mengatakan rekaan peranti ini membolehkan pengguna memakainya dengan lebih selesa berbanding kebiasaan.

Amazfit X

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Huami menyasarkan pengenalannya pada 2020 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd