Huawei P30 Pro Dalam Pilihan Warna “Mystic Blue” Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Huawei P30 Pro Dalam Pilihan Warna “Mystic Blue” Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 21, 2019 oleh .

Huawei telah pun mengumumkan penawaran pilihan warna baru untuk P30 Pro pada acara IFA 2019 baru-baru ini, iaitu “Mystic Blue”. Ia hadir dengan rekaan dwi-tona pada kerangka belakang, dan menawarkan bahan yang sedikit berbeza berbanding penawaran pada Huawei P30 Pro sebelum ini.

Dengan penggunaan bahan yang berbeza, ia sekaligus membolehkan Huawei menawarkan rekaan dengan warna kusam pada sebahagian peranti – sekaligus mengelak ia memerangkap kesan cap jari padanya.

Huawei P30 Pro Mystic Blue

Huawei P30 Pro hadir menyertakan skrin 6.47-inci OLED, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia menggunakan gabungan kamera 40MP + 20MP + 8MP +TOF pada bahagian belakang, selain kamera swafoto 32-megapixel. Untuk bateri, Huawei P30 Pro menyertakan bateri 4200mAh.

Melalui penyenaraian Huawei P30 Pro “Mystic Blue” di Malaysia, ia masih memperlihatkan peranti ini dijana dengan sistem operasi Android 9.0.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM3399 hari ini.


TIPS & ULASAN