Android 10 Mula Ditawarkan Untuk OnePlus 7 Pro Dan OnePlus 7

Android 10 Mula Ditawarkan Untuk OnePlus 7 Pro Dan OnePlus 7

Diterbitkan pada Sep 21, 2019 oleh .

OnePlus sebelum ini telah pun menawarkan versi pembangunan Android 10 untuk peranti OnePlus 7 dan juga OnePlus 7 Pro. Kini, lanjutan daripadanya, versi stabil untuk Android 10 telah pun tersedia kini, dan telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna peranti OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro.

OnePlus 7

Bersama-sama dengan Android 10, ia turut menyertakan sokongan antaramuka yang dikemaskini, membolehkan anda memilih ikon pada “Quick Settings”, menggunakan sokongan gestur sepenuhnya, penawaran Game Space untuk menguruskan permua anda, dan kebolehan menghalang spam pada Message.

OnePlus mengatakan kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara, dan akan diterima pengguna OnePlus 7 dan 7 pro tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN