Cari @ Amanz

Facebook Stories merupakan salah satu ciri yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video – yang mana hilang selepas tempoh 24 jam. Ia telah diperkenalkan pada laman utama Facebook, pada Pages, dan juga pada Groups.


Terbaru, Facebook mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan “Stories” pada Facebook Groups mulai 26 September 2019 kelak.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Facebook memilih untuk menamatkannya. Berkemungkinan angka penggunanya tidak begitu tinggi, dan pada masa yang sama mungkin kaedah interaksi menggunakan “Stories” tidak begitu berkesan pada Groups.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah menggunakan ciri Stories pada Groups?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd