Cari @ Amanz

Pada hari ini, dalam usaha menawarkan telefon pintar dengan rekaan skrin menyeluruh, pelbagai pengeluar mencuba beberapa kaedah untuk meletakkan kamera swafoto. Ada antaranya menggunakan takuk, skrin berlubang dan juga pop-naik.

Terbaru, Xiaomi kini mengacah mereka akan hadir dengan sebuah alternatif baru yang berbeza dengan pengeluar lain di pasaran.

Xiaomi Mi Mix Alpha

Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi bakal memperkenalkan Mi Mix Alpha pada minggu ini, dimana ia dijangka menyertakan rekaan skrin menyeluruh, selain penawaran berspesifikasi tinggi.

Sekiranya mengikut spekulasi daripada gambar acah, kita mungkin melihat penggunaan kamera swafoto disebalik skrin digunakan oleh Xiaomi – sekaligus menjadikan mereka antara yang terawal mengkomersilkan teknologi berkenaan.

Sebelum ini, Oppo telah mempertontonkannya, namun ia masih mendapat reaksi berbeza memandangkan hasil rakaman gambar yang sedikit kabur dan sebagainya.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Xiaomi melalui Mi Mix Alpha ini, dan bagaimanakah mereka mengimplementasi kamera swafoto pada peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd