Carian
Instagram Muka Menghalang Paparan Iklan Pembedahan Kosmetik Dan Diet Kepada Pengguna Bawah Umur
September 23, 2019 Effi Saharudin

Media sosial boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Dengan meningkatkan jumlah pemangkin media sosial, platform seperti Instagram kini digunakan untuk mempromosikan produk. Masalah yang berlaku sekarang ialah selebriti atas talian mempromosikan produk diet dan juga pembedahan kosmetik tanpa pemantaun. Pengguna bawah umur mungkin mudah terpengaruh yang menyebabkan mereka mengalami kemurungan.

Instagram telah mengubah polisi paparan iklan pembedahan kosmetik dan promosi produk diet mereka minggu lalu. Kini pengiklanan kedua-dua kategori perkhidmatan dan produk ini akan dihalang dari dipaparkan pada susur masa pengguna di bawah umur 18 tahun. Perubahan ini dilakukan selepas menerima desakan dari persatuan pengguna yang merasakan pengiklanan seperti ini tidak seharusnya diakses oleh pengguna yang masih belum dewasa.

Ini ialah langkah yang baik kerana di Malaysia terdapat pergerakan yang terdiri dari golongan profesional yang menggesa kerajaan memantau pengiklanan produk diet, suplemen dan kosmetik yang semakin berleluasa di kalangan selebriti serta pemangkin media sosial. Malahan pada penghujung minggu ini terdapat kempen menggesa selebriti supaya berhenti mempromosikan rokok elektronik pula yang boleh mempengaruhi pengguna bawah umur.

Komen